Jenayah

Enam Lelaki Ditahan Disyaki Anggota Geng Curi Kereta

PASIR PUTEH: Polis menahan enam lelaki daripada dua kumpulan berbeza disyaki geng mencuri kereta dalam dua kejadian berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abdu Rozak Muhammad berkata kes pertama membabitkan tiga lelaki berumur antara 32 hingga 52 tahun selepas mereka mencuri sebuah kereta pacuan empat roda di Kampung Bukit Abal Tiga Derah, Isnin lepas.

“Mereka berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis IPD Pasir Puteh dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tualang Danan pukul 11.30 pagi pada hari sama,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, Sabtu.

Abdu Rozak berkata dalam pemeriksaan yang dijalankan polis menemui kembali pacuan empat terbabit yang dipercayai dalam proses untuk dijual kepada pihak tertentu dengan menukar nombor plat asal bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Selain itu, beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan ke atas salah seorang suspek turut menemui sebilah pisau sepanjang 24sm.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan reman selama empat hari dari hari ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor, katanya.

Dalam kes berasingan, Abdu Rozak berkata pihaknya berjaya menahan tiga lelaki, masing-masing berumur antara 17 dan 20 tahun selepas mereka gagal mencuri sebuah kereta di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Bypass Kampung Alor Pasir, pukul 3 pagi tadi.

Beliau berkata kejadian itu disedari oleh pemilik kenderaan terbabit yang sedang minum di kedai kopi berkenaan selepas ketiga-tiga suspek gagal menghidupkan enjin kereta milik mangsa.

“Ketiga-tiga suspek ditangkap dengan bantuan orang ramai yang berada berdekatan dengan tempat kejadian sebelum mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Abdu Rozak tidak menolak kemungkinan keenam-enam suspek mempunyai rekod lampau terbabit dengan kegiatan mencuri kereta, menyamun dan menagih dadah.mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");