Laporan Eksklusif

Fokus persaingan nilai, teknologi

Fokus persaingan nilai, teknologi Perdana Menteri tertarik dengan model rumah Sistem Rumah Pasang Sendiri, hasil inovasi dan penyelidikan Universiti Malaya (UM) semasa melawat pameran sempena pelancaran Public-Private Research Network (PPRN), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Syarikat Malaysia perlu menumpukan persaingan dari sudut nilai dan teknologi agar produk yang dihasilkan mempunyai nilai tambah berbanding persaingan dari segi harga dan kos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bagi memastikan syarikat tempatan berjaya dalam persaingan global yang semakin sengit.

“Kita perlu menghasilkan produk yang dimahukan pengguna, mempunyai nilai tinggi dan berbeza daripada produk lain serta tidak mudah ditiru.

“Produk-produk seperti ini biasanya mempunyai inovasi serta teknologi yang tinggi. Sebagai contoh iPhone 6, walaupun mahal tetapi ia tetap mahu dimiliki pengguna,” katanya pada ucapan pelancaran Rangkaian Penyelidik Awam-Swasta (PPRN), di sini, semalam.

Mengulas lanjut kata Najib, PPRN berfungsi menggandingkan kumpulan penyelidik dan kumpulan syarikat perusahaan dengan lebih rapat serta tepat supaya setiap cabaran dapat diatasi.

“Dengan usaha ini, insya-ALLAH ekonomi kita akan tumbuh dengan lebih pesat akibat daripada pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berinovasi serta bernilai tinggi pada masa akan datang.

“Selain itu, kumpulan penyelidik juga akan berjaya mengkomersialkan penyelidikan dan inovasi mereka ke pasaran,” katanya.

Tambahnya, kerajaan melalui PPRN akan membiayai sebahagian daripada kos penyelidikan menambah baik barangan dan perkhidmatan kepada pihak industri sehingga RM50,000 bagi setiap satu penyelidikan.

“Ia akan ditambah lagi sekiranya syarikat perusahaan tempatan bersetuju membiayai penyelidikan oleh penyelidik di institusi pengajian tinggi atau penyelidik tempatan itu.

“Bagi menggalakkan penyertaan aktif penyelidik dan pensyarah pula, insentif khas diberikan di mana mereka layak menerima yuran konsultasi, sebanyak 25 peratus daripada kos penyelidikan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");