Membawang Hari Ini

Hafiz Suip Turuti Permintaan Keluarga Lalui Proses Perkahwinan Ikut Adat

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip memberitahu bahawa dia menuruti permintaan orang tuanya untuk melalui proses perkahwinan mengikut peraturan dan adat Melayu sebenar.

Hafiz, 25, berkata, perkara itu dilakukan bagi menghormati permintaan kedua-dua ibu bapanya yang mahu ianya dijalani secara berperingkat-peringkat mengikut adat.

“Kalau ikutkan, saya hanya mahu terus sahaja berkahwin dan tidak perlu melalui tempoh bertunang.

“Tetapi ibu dan bapa saya serta keluarga dia mahu ianya berlangsung mengikut proses adat Melayu iaitu merisik, bertunang dan kemudia berkahwin,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Hafiz dan kekasihnya Nureffy Jasreel Abdullah, 22, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak, malam Jumaat.

Dalam majlis tersebut Hafiz memberi 11 dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan 16 dulang hantaran.

Sementara itu, Hafiz mengakui sudah bersedia untuk melalui proses tempoh pertunangan yang sering dikatakan mencabar.

Kata Hafiz, dia percaya prinsip yang diamalkan selama ini iaitu berkomunikasi dengan baik, sentiasa bersabar dan setia menjadi panduan untuk mempertahankan hubungan itu.

“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk melalui ombak yang datang bersama-sama, dan saya percaya kalau niat itu betul Allah akan mempermudahkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan perkahwinan, Hafiz berkata, mereka belum menetapkan sebarang tarikh untuk perkara itu.

Tambahnya, dia juga memberi peluang kepada wanita itu untuk menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu sebelum berumah tangga.

“Insya-Allah, sehingga dia tamat belajar iaitu pada petengahan tahun depan tetapi saya beri dia peluang untuk tengok dunia terlebih dahulu.

“Kalau ikutkan memang nak percepatkan perkahwinan itu, namun saya hormati permintaannya untuk tamatkan belajar dan bekerja dahulu,” katanya.

Majlis pertunangan yang berlangsung pada pukul 9 malam itu dihadiri oleh sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak termasuk rakan artis seperti Aril Pilus dan Hazama.

Majlis tersebut juga dipilih pada ulang tahun hari jadinya yang ke25.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");