Sukan Hari Ini

Hanya 3 mata jadi penawar duka Liverpool, Man City

LIVERPOOL harus bangkit selepas tersingkir daripada kancah Liga Europa, semalam. Kekalahan kepada Besiktas dari Turki di Istanbul mungkin menjadi sesuatu yang positif bagi Brendan Rodgers.

Ini kerana pengurus pasukan The Reds itu kini boleh menumpukan segala fokus untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara, musim hadapan dan juga impian memburu mahkota kejuaraan Piala FA.

Minggu ini, Liverpool akan berhadapan dengan cabaran besar untuk mengaut tiga mata dengan kunjungan Manchester City ke Anfield dan amat penting bagi Rodgers untuk mengutip mata penuh untuk memecah masuk kelompok empat teratas.

Berita baik bagi penyokong the Scousers adalah Liverpool masih mempunyai rekod tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris untuk tahun 2015. Saya melihat Coutinho sebagai kunci utama selepas direhatkan untuk perlawanan Besiktas.

Bahagian serangan Liverpool secara keseluruhan sedang mendadak dengan prestasi yang berlainan berbanding sebelum pertengahan November. Ini adalah aset paling utama sekiranya mereka mahu mengatasi pasukan yang dibintangi Sergio Aguero.

Saya melihat perlawanan ini terletak kepada barisan depan kedua-dua pasukan. Pertahanan Man City masih tidak menunjukkan prestasi sebuah benteng juara bertahan dan ia adalah punca mengapa mereka ketinggalan lima mata di belakang Chelsea.

Selepas kekalahan 1-2 kepada Barcelona sudah tentu mereka tidak mahu kecundang kali kedua dalam tempoh seminggu.

David Silva, Yaya Toure dan Aguero boleh memastikan mereka pulang dengan mata penuh tetapi persoalannya bolehkah pertahanan mereka dapat mengekang kelibat Coutinho, Raheem Sterling dan Daniel Sturiddge.

Satu perlawanan yang amat sukar untuk diramal kerana itu saya akan mengatakan keputusan seri mungkin menjadi pertaruhan paling selamat.

RAMALAN STANLEY MINGGU INI

West Ham……………..2 Palace ……………..1

Man United……………. 3 Sunderland…….. 1

Stoke City……………… 1 Hull City …………..1

Burnley ………………..2 Swansea…………… 1

West Brom ……………1 Southampton …….2

Leicester ………………1 Chelsea……………… 3

Liverpool ………………3 Man City………….. 3

Arsenal …………………3 Everton……………. 1

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");