Jenayah

Jumpa mayat terapung

BANDARAYA MELAKA – Mayat terapung, dipercayai mati lemas ditemui di Sungai Melaka berhampiran Kampung Jawa, di sini, semalam.

Difahamkan, kira-kira jam 11.30 pagi, mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan terlangkup berhampiran tebing sungai.
Menurut sumber, turut ditemui satu tin gam pada poket seluar mayat, selain dompet tanpa pengenalan diri.

Saksi berusia 60 tahun, yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui mengenai penemuan tersebut, ketika melalui kawasan itu apabila melihat beberapa lelaki cuba mengangkat mayat berkenaan.

“Saya melalui kawasan ini untuk membeli makanan di kedai berhampiran sebelum terlihat beberapa lelaki cuba mengangkat mayat dengan bantuan anggota bomba.

“Sudah lebih 40 tahun saya mengusahakan kedai menjual bingkai gambar dan kejadian seperti ini berlaku hampir setiap tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Identiti mayat berkenaan masih belum dikenal pasti, buat masa ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa ataupun di lokasi ia ditemui,” katanya.

Beliau berkata, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");