Membawang Hari Ini

Persahabatan tergugat dek godaan

Berikutan kejayaan filem pertama pada 2012, Kepong Gangster kembali dengan sekuel kedua yang bakal ditayang pada Khamis depan sempena sambutan Chap Goh Meh.

Mengisahkan kumpulan kongsi gelap di Kepong, filem arahan Teng Bee itu meraih kutipan jualan mencecah RM2 juta pada 2012.

Ia sekali gus menjadi filem ketiga tertinggi dalam senarai box office industri perfileman Cina tanah air.

Masih mengekalkan barisan pelakon Henley Hii, Billy Ng, Agnes Lim dan Tracy Cheong, sekuel yang diberi judul Kepong Gangster 2 turut menampilkan beberapa muka baru.

Antaranya selebriti Taiwan Queen Wei dan Brian Pien yang berganding dengan pelakon tanah air Danny Wan, Eric Lin, Jacky Kam dan Freddie Wong.

Turut memeriahkan jalan cerita Kepong Gang­ster 2 ialah personaliti dan penyampai radio terkenal Jack Lim serta pelakon cilik Crystal Lee yang pernah memenangi Pelakon Terbaik Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2013.

Mengulas pengalaman berlakon dalam filem itu, Henley berkata, dia teruja dan bersyukur sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang watak utama sebagai Ah Zhong.

“Saya melakonkan watak sebagai gengster yang sebenarnya baik hati. Dalam filem pertama, Ah Zhong dipaksa rakannya untuk terbabit dalam kegiatan gengster.

“Namun, dalam satu kejadian, tiga rakannya mati dan hanya dia yang masih hidup,” katanya.

Henley yang juga penyanyi berkata, dalam Kepong Gangster 2, Ah Zhong menghilangkan diri, namun terpaksa kembali ke dunia gelap itu.

“Saya tidak sabar menanti filem ini ditayangkan di pawagam nanti dan kini sibuk mempromosikannya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kepong Gangster 2 memulakan penggambaran pada Ogos lalu dan menelan perbelanjaan mencecah RM1 juta.

Filem ini memaparkan kisah persahabatan yang tergugat akibat godaan selain sukar meninggalkan kegiatan jenayaah.

Sekuel pertama filem itu dilabelkan sebagai PG13 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dengan tiga suntingan.

Kali ini, pihak produksi Mahu Pictures sekali lagi berdepan cabaran apabila filem itu ditahan LPF selama dua minggu dengan 40 suntingan.

Namun, bagi mengekalkan inti pati plot cerita, pihak produksi bersetuju filem itu dilabelkan di bawah kategori 18.
‘Trailer’ filem Kepong Gangster 2 kini boleh disaksikan di YouTube.

Sinopsis

Sekuel kedua Kepong Gangster memaparkan kisah Cindy yang diculik dan kemudian dipaksa anggota Gang 27 untuk menjadi pelacur bagi melangsaikan hutang bapanya.

Gadis itu bernasib baik apabila Billy berjaya menyalamatkannya dan membunuh pemilik pusat pelacuran.

Berikutan pembunuhan itu mengembalikan semula kepercayaan ketua baru kumpulan 390, Pago terhadap Billy.

Pada masa sama, Billy menyimpan hasrat untuk menjadi ketua kumpulan gengster itu, namun Pago berasakan pemuda itu terlalu angkuh.

Disebabkan itu, Pago hanya melantik Billy sebagai ketua kumpulan 5 Tigers. Keadaan bertambah keruh apabila Billy diarahkan menjejaki Chong bagi mengambil alih kedudukan itu.

Sementara itu, anak mendiang Gang 27, Taiji kembali ke tanah air untuk mengambil alih tugasan bapanya.

Di bawah pimpian Taiji, Gang 27 mula terbabit dalam kegiatan dadah di kelab malam dalam kawasan Kepong.

Chong pula menyamar sebagai Shin dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.

Namun, Chong sukar melupakan masa silamnya terutama kejadian yang mengakibatkan kekasihnya, Tong dirogol.

Tidak lama kemudian, tersebar khabar angin mengatakan Chong dilantik sebagai ketua baru kumpulan 390.

Berita itu menyebab­kan rasa kurang senang dalam kalangan anggota Gang 27 yang bimbang kemunculan semula Chong dalam dunia gelap akan menaikkan semula nama kumpulan 390.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");