Membawang Hari Ini

‘Rocker otai’ ubat rindu peminat

Zaman kegemilangan muzik rock sekitar 1980-an dan awal 1990-an sudah berlalu, namun lagu nyanyian beberapa kumpulan rock popular ketika itu masih menjadi siulan serta sering dimainkan di stesen radio.

Inilah yang mendorong mereka kembali menghasilkan single serta aktif mengadakan persembahan di seluruh negara. Apatah lagi sambutan yang diterima tidak mengecewakan.

Bagaimanapun hak ‘rocker otai’ ini untuk mengadakan persembahan di kelab sekitar ibu kota sering dinafikan penganjur yang memandang rendah kemampuan mereka.

Mujurlah masih ada penganjur yang prihatin dan hasilnya kumpulan Meditasi dan Joey BPR bakal tampil dalam edisi pertama program Let’s Rockout Tonight di Liquid Room, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Persembahan yang akan berlangsung pada 7 Mac depan jam 8.30 malam itu turut memberi peluang untuk tiga kumpulan baru iaitu Kazanna, Wynken Delirium dan The Outbreak beraksi.

Ditemui pada sidang media baru-baru ini, Joey melahirkan perasaan gembira kerana diberi kepercayaan menjayakan persembahan berkenaan. Ia adalah persembahan artis Melayu pertama sejak kelab itu dibuka empat bulan lalu.

“Syukur ada juga penganjur beri peluang kepada kumpulan rock seperti kami. Ini julung-julung kali saya beraksi. Saya sedar saya artis kampung dan jarang dipandang banyak pihak.

“Sudah pasti saya akan buat yang terbaik dan dalam masa sama berharap peluang ini akan dikembangkan kepada artis lain juga. Persembahan kami juga tanpa tajaan mana-mana pihak dan hanya mengharapkan sokongan peminat sepenuhnya,” katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanahair (PAPITA) .

Mengulas mengenai persembahannya Joey berkata, dia akan diiringi kumpulan Meditasi serta menyampaikan lagu popular ketika bersama BPR.

“Saya akan tampil dengan lagu-lagu lama yang penuh nostalgia. Sesuatu yang dirindui peminat yang sudah lama menanti kemunculan saya di pentas nyanyian.

“Inilah peluang terbaik untuk peminat menyaksikan persembahan rock 1990-an kerana saya tak nak ia hilang begitu saja. Saya juga sudah sediakan pelbagai pilihan lagu menarik pada malam itu dan konsep yang ditampilkan ialah sesi jamming,” katanya.

Meditasi pula kini hanya dianggotai dua anggota asal iaitu Burn (penyanyi dan Liey (gitar utama), manakala selebihnya anggota baru iaitu Raof (keyboard), Mohd Yusof (gitar kedua), Black (bass) dan J Roy (dram).

Burn yang bertindak sebagai penganjur bersama berterima kasih kepada pemilik kelab, Yus dan Jack yang memberi peluang mereka untuk beraksi.

“Mereka membakar semangat kami untuk naikkan semula muzik rock dalam kalangan peminat. Sudah lama artis tempatan sepi dari buat persembahan di kelab dan inilah masanya untuk kita kembali aktif.

“Kami akan me­nyampaikan lagu popular Meditasi antara­nya Biar Pedih Kasih Memanjang, Bidadari dan lagu daripada Iron Maiden, Deep Purple dan Metallica,” kata­nya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini berharga RM50. Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh dibuat menerusi talian 012-6395126 atau 012-6377821.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");