Membawang Hari Ini

‘Saya baik-baik saja’

Acara Brit Awards 2015 yang berlangsung di The O2 Arena, London malam kelmarin waktu tempatan mencetus perhatian ramai apabila penghibur tersohor Madonna terjatuh dari tangga pentas ketika menyanyikan lagu Living For Love.

Terjatuh dalam keadaan telentang dari ketinggian empat anak tangga pastinya menyakitkan, namun Madonna tetap profesional dan seakan-akan tidak menghiraukan kesakitan serta menakluk pentas dengan cemerlang menyanyikan lagu daripada album terbarunya Rebel Heart itu.

Dalam kejadian itu, Madonna kelihatan menghadapi kesukaran untuk membuka sarung baju daripada lehernya sebelum dia ditarik penari dari belakang dan terjatuh.

Tanpa menghiraukan apa yang berlaku, dia bangkit semula dan memukau penonton dengan tarian serta vokalnya yang bertenaga.

“Cape’ yang cantik itu diikat terlalu ketat. Tetapi, tiada yang boleh menghentikan saya dan cinta membuat saya benar-benar bersemangat! Terima kasih atas ucapan prihatin anda! Saya baik-baik saja!” katanya di Instagram.

Pada anugerah muzik berprestij United Kingdom (UK) itu, penyanyi berbakat besar Ed Sheeran akhirnya menebus kekecewaan di Grammy Awards baru-baru ini dengan membawa pulang trofi Album Terbaik menerusi album X.

“Saya sebenarnya bimbang dengan album itu. Ia mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Tahun ini benar-benar menjadi tahun yang sangat bagus untuk muzik UK,” katanya yang turut memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik.

Selepas mendominasi kemenangan di Grammy Awards, penyanyi baru Sam Smith mengungguli kategori ‘Breakthrough Artist’ dan ‘Global Success Award’.

“Sejak kecil lagi, impian saya hanyalah untuk mendengar orang di seluruh dunia menyanyikan lagu saya,” katanya.

Brit Awards 2015 dibuka dengan persembahan Taylor Swift yang mendendangkan lagu hit Blank Space.

Istimewanya, buat pertama kali Swift juga berjaya membawa pulang trofi Artis Antarabangsa Wanita Terbaik selepas lapan tahun memasuki pasaran UK.

“Saya kerap datang dan membuat persembahan di sini (UK) selama lapan tahun dan ini adalah anugerah pertama saya di Brits Awards. Saya sangat gembira,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");