Isu Panas

‘Saya masih ketua pembangkang’, kata Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis terhadap keputusan penghakiman kes Liwat II pada 10 Februari ini akan memihak kepadanya berdasarkan bukti, fakta dan perundangan.

Sehingga itu, beliau akan terus memimpin PR sebagai ketua pembangkang kerana yakin ketua umum PKR itu akan terlepas daripada segala pertuduhan terhadapnya.

“Saya masih ketua pembangkang, saya sangat optimistik tiada apa-apa yang akan berlaku pada 10 Februari nanti.

“Mana mungkin saya bersalah, saya sekali lagi yakin berdasarkan bukti, fakta dan undang-undang yang ada, tiada kemungkinan saya bersalah, selain itu adalah di luar kawalan saya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diajukan persoalan siapa pengganti beliau sebagai ketua pembangkang sekiranya kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.

Beliau berkata lagi, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya sudah bersedia menerima apa jua kemungkinan, malah mereka lebih kuat dan tabah berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kesabaran kepada Azizah dan keluarga untuk bersama mengharungi detik sukar yang alami sekarang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");