Sukan Hari Ini

Tuah gigi Suarez

“Mereka benci cara anda berjalan.” Menurut mesej iklan terbaru adidas yang dianggap tidak masuk akal dan melucukan. Tidak cukup dengan itu beberapa perkataan lagi ditambah iaitu ‘mereka tidak suka dengan cara anda bercakap’.

Apapun mengenainya, sudah tiba masanya untuk Luis Suarez (gambar) beraksi seperti kebiasaan pernah dilakukannya sebelum ini.

Ramai bintang terkenal berada dalam senarai tajaan adidas antaranya bintang Real Madrid seperti Gareth Bale, James Rodriguez dan Karim Benzema. Mereka ini hanya menggayakan but tetapi bagi Suarez ‘gigitannya’.

Jika dibandingkan kebencian diterima pemain lain, wakil pemasaran mendapat inspirasi baru daripada penyerang Uruguay itu yang begitu berpengaruh dalam dunia bola sepak sekarang.

Agak mengejutkan apabila poster jenama produk pada Piala Dunia terpampang wajah Suarez menayangkan giginya seperti seekor binatang buas mencari mangsa menjadi ‘elemen utama’ pelaris jualan berikutan reputasi buruknya di padang.

Pengeluar peralatan sukan terkenal antarabangsa itu tergamam selepas Suarez benar-benar ‘menggigit’ pemain untuk kali ketiga dalam karier bola sepaknya.

Malah peminat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan wajah pelaris itu seolah-olah mereka begitu bangga menghulurkan kepala masing-masing ke dalam mulut seekor singa!

Suarez dan adidas akhirnya dijadikan bahan jenaka malah ramai peminat antarabangsa menyifatkan mereka berhak menerima gambaran seumpama itu.

“Akan ada orang membenci.” Itu mesej terbaru kempen pelaris syarikat gergasi Jerman itu.

Pada masa depan, kempen seumpama itu akan terus dijadikan umpan bahan iklan untuk melariskan produk mereka di serata dunia.
Di sebalik apa yang berlaku, Suarez pula memiliki alasan sebaliknya.

Dia dikatakan lebih selesa bermain bola sepak dengan cara dan gayanya tersendiri dan beraksi cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Rakan-rakan bola sepak profesional Suarez memilihnya sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana dan penulis-penulis sukan turut memuji persembahan dipamer penyerang lincah itu.

Buat peminat England, mereka pasti akan terus mengingati kehebatan kelibat pemain kontroversi itu selepas mempamer aksi magis menyingkirkan England daripada kempen Piala Dunia.

Dia kemudian menggigit pemain bek Itali, Giorgio Chiellini, menjalani penggantungan dan Uruguay gagal meneruskan saingan selepas tewas kepada Colombia.

Sebenarnya bukan orang tidak suka cara dia berjalan atau bercakap tetapi bencikan tindakannya menggigit orang ! adidas pula mengambil kesempatan untuk melariskan produk keluaran mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");