Perak Hari Ini

108 Pelajar Miskin Terima Dermasiswa PKMM Perak

IPOH: “Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan wang ini bakal digunakan untuk membeli buku rujukan dan latihan sebagai persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini,” demikian janji Mohamad Farid Amin Asgar, antara 108 pelajar yang menerima dermasiswa Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik, itu berkata, bantuan tersebut tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

“Alhamdulillah, bantuan ini sudah pastinya dapat meringankan beban keluarga saya,” katanya kepada PerakToday.com.my.

Pelajar SMK Toh Muda Abdul Aziz, Shahirah Mohd Ali pula menjelaskan, bantuan kewangan itu akan digunakan sebaiknya-sebaiknya demi masa depan dan keluarga tercinta.

“Bantuan ini membakar semangat saya untuk terus belajar dan peluang ini tidak akan disia-siakan,” katanya lagi.

PERAKTODAY1 (12)

Selain itu, ibu salah seorang penerima, Nor Akma Zamin, berkata, bantuan yang dihulurkan oleh PKMM Perak itu bukan sahaja dapat membakar semangat pelajar kurang berkemampuan tetapi juga meringankan beban keluarga mereka.

“Bantuan ini dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan khususnya anak saya sendiri untuk meneruskan pelajaran,” katanya.

Bagi penjaga, Faridah Narudin, bantuan tersebut perlu diteruskan lagi pada masa hadapan.

“Mungkin jumlah dermasiswa sedia ada boleh dinaikkan agar lebih ramai anak Melayu mendapat faedah,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melancarkan Dermasiswa Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Yang DiPertua PKMM Perak, Datuk Wira Drs Jamaluddin Abdul Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Muhammad Amin Zakaria dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Rozi Puteh Ismail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");