Berita Hari Ini

135 lagi sekolah diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan 135 lagi sekolah di seluruh negara diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata daripada jumlah itu, 29 adalah sekolah menengah dan 106 sekolah rendah.

“Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan jumlah sekolah di seluruh negara yang mendapat pengiktirafan SKK adalah 545 dan 128 daripada itu telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Pengiktirafan SKK dijalankan mengikut fasa yang mana pada tahun ini masuk fasa sembilan,” katanya ketika berucap mengumumkan SKK Fasa 9 di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan SKK adalah antara agenda penting Kementerian Pendidikan dalam menzahirkan pendidikan berkualiti, memartabatkan sistem pendidikan negara di peringkat antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");