Jenayah

14 Maut Letupan Di Aden

ADEN: Seramai 14 orang terbunuh dalam satu letupan yang berlaku di depoh senjata sehingga menggegarkan bandar Aden, Yemen pada Sabtu.

Menurut laporan, orang ramai terdengar bunyi letupan di depoh itu dan telah berlaku juga satu rompakan sehari sebelumnya.

Depoh senjata itu merupakan sebuah gua yang terletak di hujung Gunung Jabal Hadid – tempat menyimpan senjata-senjata sejak zaman Soviet.

Askar-askar yeng bertanggungjawab menjaga depoh tersebut meninggalkan kawasan itu minggu ini selepas komander mereka melarikan diri akibat keadaan huru hara yang berlaku di negara berkenaan.

Letupan itu juga telah memusnahkan beberapa banggunan serta kawasan perumahan berdekatan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Yemen, Al-Kheder Lassouar, 14 mayat telah dijumpai daripada pemeriksaan yang dibuat.

“Kami juga menerima maklumat ada lagi mayat di dalam gua tersebut tetapi kami tidak mampu untuk mengeluarkannya kerana asap memenuhi kawasan tersebut,” tambah beliau.

Salah seorang saksi menerangkan, orang ramai berada di dalam serta di sekitar depoh tersebut dan ada yang terkorban dalam kejadian rompakan yang berlaku sehari sebelum letupan.

“Terdapat banyak mayat di dalam kawasan gua, ramai yang masuk untuk mengambil senjata dan ada yang membunuh sesama sendiri apabila gagal mendapatkan senjata yang diingini,” kata seorang penduduk kawasan tersebut.

Laporan lain menerangkan, ada yang terkorban setelah menghidu gas toksik yang terdapat pada serbuk letupan di dalam gua tersebut.

“Kami tidak dapat mengesahkan laporan tentang pertempuran antara pihak militan dan pihak Syiah yang telah mengorbankan 61 nyawa dalam masa tiga hari mempunyai kaitan dengan letupan yang berlaku,” kata Lassouar.

Presiden Abedrabbo Mansour Hadi mendapatkan perlindungan di Aden setelah melarikan diri daripada pemberontakan yang berlaku bulan lalu.

Beliau telah berlepas ke Arab Saudi sebelum ke Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab untuk membincangkan krisis di Yemen.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");