Perak Hari Ini

300 Siswi Sertai PERSIS 2015

 

IPOH: Hampir 300 mahasiswa yang mewakili 22 institut pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara menyertai Perhimpunan Mahasiswi Perak (PERSIS) 2015 yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, dekat sini, hari ini.

PERSIS 2015 dianjurkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP).

Antara senarai IPT yang mengambil bahagian termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Teknologi Melaka (UTeM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Universiti Malaya (UM).

Selain itu, Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS); Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP);, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Kolej Antarabangsa Cosmopoint Ipoh; Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menghantar peserta masing-masing.

Turut mengambil bahagian wakil daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Universiti Teknologi Petronas (UTP); Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS); Kolej Poli-Tech Mara Ipoh (KPTM); Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Antara pengisian program ialah ceramah motivasi diri, ceramah berkaitan imej dan personaliti serta makan malam sempena majlis perasmian yang dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

PERSIS dianjurkan daripada cetusan idea Yang Di Pertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli sebagai satu platform menjalin hubungan dengan mahasiswi anak Perak di setiap IPT seluruh Malaysia.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");