Jenayah

6 lelaki anggota dua geng curi motosikal ditahan

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan enam lelaki yang merupakan anggota dua geng mencuri motosikal yang aktif di sekitar negeri ini dalam dua serbuan di Kubang Semang, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Mukim Tujuh, Kampung Permatang Nibong, Kubang Semang pada 1.05 tengah hari polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun.

Pemeriksaan lanjut dalam stor belakang rumah lelaki itu polis menemui beberapa komponen motosikal yang mempunyai rekod hilang di Bukit Mertajam baru-baru ini.

“Hasil soal siasat, polis menahan rakan suspek berusia 22 tahun di Seberang Jaya dan menemui empat rangka motosikal curi yang telah dibuang ke dalam Sungai Permatang Nibong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan dua lelaki yang tidak bekerja itu, polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes curi motosikal di SPT dan Sungai Nibong, George Town.

Sementara itu, Rusli berkata dalam serbuan kedua pada 4 petang, polis menyerbu sebuah rumah di Mukim Empat Permatang Nibong, Kubang Semang dan menahan empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun.

Katanya pemeriksaan dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan menemui beberapa komponen motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar SPT, baru-baru ini.

“Selain itu, pemeriksaan ke atas tiga daripada empat lelaki itu polis turut menemui sejumlah dadah dan ujian air kencing mendapati mereka (tiga lelaki) juga positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, enam lelaki daripada dua kumpulan berbeza itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal sejak beberapa bulan lepas dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Modus operandi dua kumpulan itu ialah mencuri motosikal dan kemudiannya menjual dengan harga murah atau komponen kenderaan itu dileraikan sebelum turut dijual, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");