Jenayah

ADUN cemas

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah berdepan detik cemas apabila kenderaan rasmi kerajaan negeri yang dinaikinya terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas mini, di Jalan Tuaran Bypass, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, beliau yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri bersama pemandu kenderaan berusia 40-an bernasib baik apabila bertindak pantas keluar dari kenderaan jenis Volvo itu sebaik saja melihat api dan asap dari hadapan kenderaan.

Menurut Yong, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis rasmi di Kota Marudu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah bas mini keluar secara tiba-tiba dari kawasan perumahan berhampiran di sebelah kiri sebelum bergerak ke arah kanan jalan dipercayai untuk membuat pusingan U.

“Tindakan secara melulu itu menyebabkan kami yang berada di lorong kanan tidak dapat mengelak lalu merempuh bahagian belakang bas terbabit.

“Kemudian saya melihat api disusuli asap keluar dari hadapan kenderaan menyebabkan kami segera keluar dari kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 9.07 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggota bomba masih menyiasat secara terperinci punca kebakaran terbabit,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");