Membawang Hari Ini

Amar sudah tunai janji ibu

Selepas dua tahun bakatnya diketengahkan menerusi program pencarian bakat komedi Bintang Mencari Bintang (BMB) di TV3, kini Azizul Ammar Abu Hassan atau Amar semakin membina nama dalam lakonan.

Amar, 28, yang juga seorang anggota kumpulan Titan dan anak didik kepada pelakon dan pengarah, Sabri Yunus memaklumkan karier seninya sudah bermula sejak melanjutkan pengajian di universiti.

Namun, ketika itu Amar tidak aktif secara serius kerana berpegang kepada janji ibunya untuk memastikan ijazah dalam genggaman.
Kini, segala janji sudah pun ditunai dan Amar membina karier dengan restu ibunya.

Amar yang ditemui pada sesi fotografi diatur baru-baru ini berkata, dia sebenarnya sudah mengenali mentornya, Sabri sejak di universiti lagi.

Katanya, perkenalan itu bermula di pementasan teater Tok Janggut.

“Saya mendapat peranan pelakon tambahan dalam teater itu. Ketika pementasan berlangsung, saya tercedera akibat tercucuk pedang digunakan. Jadi, dari insiden itu yang menjadi titik perkenalan dengan Sabri.

“Sepanjang mengenali Sabri, saya kagum dengannya kerana beliau bukan sekadar mentor tetapi sudah dianggap bagaikan bapa sendiri. Sabri pada saya, seorang tokoh seni yang merendah diri dan suka berkongsi ilmu.

“Hingga kini, meskipun program BMB sudah lama berakhir tetapi hubungan sebagai anak didik dan mentor itu tidak putus. Bahkan, sebaik BMB berakhir Sabri yang membantu saya untuk drama Mat Three Four,” katanya.

Melakonkan watak utama sebagai Mat dalam drama itu, Amar turut bergandingan dengan pelakon Puteri Sarah.
Selain itu, drama lain lakonan Amar seperti Melarik Awan, Shah Syahdu dan Istikharah Cinta.

Melakonkan watak Taufik dalam drama sebanyak 28 episod arahan Azmi Hata itu, Amar berkata, dia juga selesa bergandingan bersama pelakon Zul Ariffin.

Katanya, meskipun baru kali pertama, mereka boleh serasi.

“Pada mulanya saya bimbang juga untuk watak Taufik itu kerana menjadi rakan baik Airil lakonan Zul. Maklum sajalah, sebagai pelakon baru masih banyak kelemahan dan kekurangan perlu diperbaiki.

“Ditambah bekerja pula dengan Zul, saya bimbang tidak mampu melakonkan watak Taufik itu mengikut kehendak karakter. Bagaimanapun, Zul memang seorang pelakon profesional dan dia banyak membantu,” katanya.

Menurut Amar, dia dan Zul serasi bekerjasama kerana mereka sering berbincang. Bahkan, bukan sekadar berbincang sesama pelakon tetapi Amar juga suka membuat rujukan dengan Azmi. Katanya, Azmi seorang pengarah yang tenang.

Turut aktif dalam pengacaraan, Amar berkata, buat masa ini dia juga tidak memilih watak kerana baginya setiap karakter dilakonkan itu pasti memberikan pengalaman berbeza. Jadi, dia lebih suka mencuba.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");