Berita Hari Ini

Awas Fitnah, Pembohongan Media Sosial – Azlan

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan penyebaran fitnah dan pembohongan yang semakin berleluasa dalam media sosial.

Beliau berkata jika tidak dibendung, perbuatan itu berbahaya kepada keselamatan dan keamanan negara kerana boleh menimbulkan pergeseran dan pertelingkahan antara kaum.

“Jika berlaku huru-hara dalam negara, sudah tentu akan menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk rakyat kerana wang negara yang ada terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keselamatan dan ketenteraman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disiarkan media sosial kerana ada antaranya dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Aspirasi Tahun Baharu 2015 anjuran Jabatan perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini, Selasa malam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Perpaduan Negeri Rela Ahmad serta Timbalan Ketua Pengarah Perpaduan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Abdul Halim Omar.

Pada majlis itu, Azlan turut menyampaikan surat pelantikan dan kad kenal diri Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di negeri ini bagi 2015/2016.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");