Sukan Hari Ini

Beregu perempuan raih perak

GANDINGAN Nora Lyana Natasia dan Natasha Roslan berjaya meraih pingat perak dalam acara beregu perempuan pada Kejohanan Remaja Asia ABF ke-18 di Macau, semalam.

Beregu negara itu merakamkan 2,541 jatuhan pin, iaitu perbezaan 41 pin di belakang pemenang pingat emas Nadia Pramanik/Alisha Nabila dari Indonesia.

Pingat gangsa bagi acara tersebut turut menjadi milik beregu Australia, Katey Furze/Emily Rigney yang mengumpul sebanyak 2,512 pin.

Sementara itu, satu lagi pasangan negara, Nur Amirah Auni Azman/ Nur Syazwani Sahar mengakhiri permainan di kedudukan ketujuh terbaik saingan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");