Membawang Hari Ini

Cabaran Arah Drama ‘Bib’ Selepas Pengarah Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri Bib iaitu Kyoll Hamzah memikul tugas besar untuk mengarah drama berkenaan apabila pengarah asalnya iaitu Joeza Rasidi meninggal dunia selepas mengarah empat episod karya itu.

Kyoll Hamzah atau nama sebenarnya Hairul Hamzah, berkata, dia perlu menggalas tugasan sebagai pengarah utama untuk menghabiskan pengambaran drama yang berbaki 26 episod.

“Semasa pengambaran empat episod pertama saya menjadi pembantu pengarah dan tahu apa yang hendak dilakukan sebelum diberi tanggungjawab mengantikan tempat arwah.

“Cabaran  untuk meneruskan hasil kerja arwah bukannya mudah kerana apa saja yang dilakukan akan dibanding oleh orang ramai.

“Saya berikan yang terbaik dalam mengarah drama ini sekurang-kurangnya sama dengan sentuhan arwah,” katanya kepada mStar Online.

Kyoll berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Bib iaitu drama bersiri bola jaring lelaki pertama yang diadakan  di  auditorium mini, TM Convention Centre, Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Naib Presiden, Perniagaan dan Media Operasi TM, Emily (tiga dari kiri) dan Produser Zeel Production, Fadzil Teh (dua dari kiri).

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden, Perniagaan dan Media Operasi TM, Emily, Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh dan barisan pelakon drama itu, Shah Iskandar, Ika Nabila, Reza Hasbi dan Nazri John Harun.

Tambahnya lagi, pihak produksi banyak membantu semasa menjalani pengambaran di lokasi serta memudahkan tanggungjawab yang diberi.

“Hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sebagai sebuah keluarga dan ini memudahkan saya untuk menjayakan pengambaran yang diadakan.

“Tanggungjawab yang diberikan membuahkan hasil selepas menerima komen positif daripada penonton dan mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan,” jelasnya lagi.

Terdahulu,  Joeza Rasidi sempat mengarah empat episod pertama sebelum meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat sakit kepala.

Drama 30 episod terbitan Zeel Production ini bakal menemui penonton pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam bermula 1 April depan menerusi saluran HyppSensasi , HyppTV Saluran (116).

Antara pelakon yang turut terlibat Arash Mohamad, Marisa Yasmin, Raja Ema, Fauziah Nawi, Arissa Afrina, Jaafar Onn dan Ruminah Sidek.

-mastar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");