Sukan Hari Ini

Cukuplah sekali!

Kota Bharu: Pengendali Kelantan George Boateng dilihat cuba memulakan perang psikologi ke atas Datuk M Karathu ketika bahang pertemuan antara Perak dengan Kelantan di Stadium Ipoh, malam ini makin terasa.

Boateng memilih tidak mendedahkan pemain yang bakal dibawa ke Ipoh kepada pihak media bagi mengelak Karathu tahu strategi yang akan digunakannya.

Jurulatih kelahiran Belanda itu berkata, pertemuan dengan The Bos Gaurus dianggap saingan berprofil tinggi berikutan ramai yang sedar kewibawaan Karathu selain kemahirannya membaca percaturan skuad lawan.

Namun, katanya, beliau sudah memaklumkan kepada semua pemain selepas mereka menewaskan Sarawak dalam pusingan kedua Piala FA, baru-baru ini supaya melupakan seketika saingan itu sebaliknya memberikan tumpuan 100 peratus kepada pertemuan menentang Perak.

“Ia penting kerana Kelantan tidak mahu kalah kali kedua di tangan Perak. Stadium Ipoh kubu kuat mereka.

“Semua pemain perlu bijak mengenepikan sorakan penyokong kuat tuan rumah supaya tidak gugup ketika bermain,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad ke IV, kelmarin.

Boateng berkata, beberapa pemain masih memiliki tahap kecergasan 50-50 dan pihaknya mempunyai tempoh 48 jam untuk membuat keputusan sama ada pemain itu boleh diturunkan atau sebaliknya.

Katanya, pemain seperti Wan Zack Haikal, Norfarhan Muhammad dan Amar Rohidan sudah semakin pulih kecuali Zairul Fitree Ishak.

“Apapun, kami mahu aksi itu milik Kelantan dan memperoleh tiga mata sekali gus memperbaiki kedudukan liga.

“Saya yakin penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mampu mengulangi kecemerlangannya, sama seperti ketika bertemu Sarawak. Saya yakin kami mampu memenangi perlawanan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Azman Ibrahim pula berkata, pertemuan itu bukanlah satu misi mudah untuk The Red Warriors (TRW) kerana Perak masih unggul dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan termasuk tiga perlawanan Liga Super.

Katanya, pemain Perak sentiasa bekerja keras dalam setiap perlawanan dan dianggap mempunyai pasukan paling lengkap hasil gandingan pemain muda serta import berkualiti.

“Kelantan tidak harus biarkan skuad kendalian Karathu menguasai perlawanan dan semua pemain patut memberi komitmen sepenuhnya selain mengurangkan kesilapan untuk mengelak daripada dikecewakan.

“Karathu pernah melatih TRW pada 2011 dan kami tahu beliau gemar mencorakkan permainan pantas serta berani menggunakan khidmat pemain muda,” katanya.

Sehubungan itu, Azman menggesa semua pemain bergerak sebagai satu pasukan dan mengenepikan corak permainan individu yang boleh memerangkap diri sendiri.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");