Jenayah

Diancam anai-anai selepas banjir

TEMANGAN – Belum pun selesai mengemas dan membasuh kelengkapan rumah akibat Bah Kuning baru-baru ini, sebuah keluarga di sini diancam bahaya apabila struktur rumah mereka reput dimakan anai-anai di Kampung Kerilla, di sini, semalam.

Ibu tunggal, Zainab Adam berkata, anai-anai tersebut mula menyerang rumahnya selepas banjir lalu dan mengancam nyawa keluarganya apabila struktur bumbung rumah mula jatuh akibat dimakan haiwan itu.

Katanya, pada mulanya dia hanya menganggap anai-anai itu perkara biasa sekalipun tidak pernah berlaku sebelum ini sehinggalah kayu di dinding dan bumbung rumahnya mula patah dan jatuh ke lantai.

“Baru beransur-beransur pulih dari banjir, kami sekali lagi diduga. Serangan haiwan perosak ini juga agak cepat apabila turut merosakkan struktur bumbung di dalam bilik. Sebelum ini tak ada anai-anai yang menyerang.

“Untuk membaiki sendiri memang mak cik tak mampu sebab tiada pendapatan tetap dan mak cik bergantung hidup sepenuhnya kepada anak-anak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam ketika tinjauan pasca banjir.

Zainab berkata, kebanyakan peralatan rumahnya musnah dan dia berterima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu dalam bentuk sumbangan yang mana merangkumi bahan makanan dan juga kelengkapan rumah.

Katanya, untuk pulih seperti biasa memerlukan masa yang panjang namun dia dan keluarga bersyukur mereka semua selamat dan rumah mereka juga tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk .

Tambahnya, dia rumahnya perlu dibaiki segera bagi mengelakkan berlarutan dan mampu membahayakan nyawanya serta keluarga jika struktur atas rumahnya tidak dapat diselamatkan lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");