Jenayah

Dua beradik larikan diri, selamat pulang

GEORGE TOWN, 27 Mac:

Seorang jurujual terperanjat sebaik saja pulang ke rumah dan menemui nota di bilik anak-anak perempuannya mengatakan mereka melarikan telah melarikan diri Isnin lalu (23 Mac) dan tidak akan pulang.

Namun, setelah melarikan diri selama empat hari, Hong Qian Ying 11 dan Hong Qian Hui, 12 mengambil keputusan pulang ke rumah setelah mendapati, ‘hidup di luar sangat sukar’.

Ketika dihubungi, bapa mereka, Hong Kok Chong, 40, berkata dia gembira anak-anak perempuannya selamat pulang awal pagi tadi.

“Saya akan memantau pergerakan mereka, tapi saya pasti mereka sudah menyesal dengan perbuatan mereka,” kata jurujual itu.

Hong berkata dia tidak tahu apa yang menyebabkan anak-anak perempuannya tiba-tiba saja melarikan diri tetapi dia tetap bersyukur mereka pulang.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan orang ramai yang membantu mencari anak-anak perempuannya dan mengakui bahawa mereka bergaul dengan budak nakal.

Hong diberitahu oleh jiran-jirannya bahawa anak-anak gadisnya dilihat meninggalkan rumah dengan rakan-rakan, seorang lelaki dan seorang perempuan hampir sebaya mereka.

“Saya diberitahu oleh anak-anak perempuan saya bahawa mereka tinggal dengan kawan di Batu Lancang,” tambahnya.

Malam Isnin lalu, Hong terperanjat apabila mendapati anak-anak perempuannya tiada di rumah mereka di Bandar Baru Air Itam dan hanya yang ditinggalkan adalah nota memintanya untuk tidak mencari mereka.

Laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Bandar Baru Air Itam.

Apabila dihubungi, Ketua Polis Timur Laut ACP Mior Farid Alathrash mengesahkan laporan berkenaan.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");