Perak Hari Ini

DUN Perak Bersidang 31 Mac Hingga 6 April

IPOH: Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Undangan negeri Ke-13 bakal bersidang dari 31 Mac hingga 6 April ini.

Menurut Speaker, Datuk S. K. Devamany, Sultan Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan berangkat merasmikan persidangan pada hari pertama.

“Baginda akan merasmikan persidangan dan dijangka tiba pada jam 9.30 pagi,” katanya.

Tambahnya lagi, pada Rabu hingga Jumaat, persidangan dewan akan bermula sekitar jam 10 pagi dengan perbahasan oleh para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Pada hari Isnin, kali ini kita beri masa para exco bersiap sedia dengan jawapan melalui perbahasan sepanjang hari sebelumnya,” katanya.

Tambahnya lagi, perbahasan dan lisan membincangkan pelbagai isu berkaitan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat akan berlangsung sempena persidangan tersebut.

Katanya, seperti kebiasan etika pemakaian adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Lelaki dibenarkan memakai baju Melayu, bersongkok dan bukan Islam ‘long suite’, manakala perempuan berbaju kurung atau ‘long suite’,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");