Membawang Hari Ini

GOT7 singgah KL jumpa peminat

Kumpulan GOT7 baru saja selesai bertemu peminat di Thailand. Aktiviti ‘GOT7 1st Fan Party in Bangkok’ itu berjaya mengumpul lebih 9,000 peminat selama dua hari pada 14 dan 15 Mac lalu.

Mereka membuat persembahan di Thunderdome Muang Thong Thani di Bangkok dan pastinya ia menggembirakan ahli GOT7 kelahiran Thailand, BamBam!

Membuka tirai persembahan dengan lagu Stop Stop It dan Gimme mereka turut mengajak peminat menari bersama.

Pada bahagian kedua persembahan, giliran BamBam, Jackson dan Yugyeom menguasai pentas dengan menyanyikan lagu berbahasa Thai berjudul Who’s I’m Too Good Looking yang popular tahun lalu.

Mereka turut menjayakan akti­viti permainan sukaneka dan menyambut hari jadi Jackson yang lahir pada Mac.

Pihak penganjur berkata, tiket acara itu habis dijual dalam masa sesingkat lima minit.

“Kami turut menambah sehari lagi dengan menganjurkan mini-konsert dan tiket juga habis dalam masa lima minit,” kata wakil penganjur.
Semalam, GOT7 singgah di Kuala Lumpur untuk bertemu peminat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");