Sukan Hari Ini

Guardiola nafi pindah ke Man City ganti Pellegrini

BERLIN: Pep Guardiola berkata dia hanya akan memutuskan masa depan bersama Bayern Munich pada akhir, musim ini dan terus menolak perkhabaran angin bahawa dia akan berpindah ke Manchester City.

Guardiola disebut-sebut selaku pengganti jurulatih City, Manuel Pellegrini tetapi pengendali dari Sepanyol itu menafikan spekulasi itu.

“Saya belum terima apa-apa tawaran dan saya juga tidak akan menunggu apa-apa,” katanya di sidang akhbar, Selasa.

“Saya gembira di sini. Ini satu kelab yang menakjubkan.”

Terdahulu, ada perkhabaran pemilik Man City dikatakan mahu mencari pengurus baharu selepas pasukan dari Etihad itu belum menunjukkan ciri-ciri jaguh untuk memburu gelaran, khasnya mempertahankan mahkota kejuaraan EPL.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");