Berita Hari Ini

Himpunan #KitaLawan Desak KPN Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penunjuk perasaan #KitaLawan berhimpun di luar pusat membeli-belah Sogo pada petang Sabtu.

Kumpulan berkenaan yang diketuai oleh pembangkang dan beberapa badan budak kerajaan (NGO) mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan pembebasan beberapa individu yang ditahan baru-baru ini berhubung perhimpunan haram.

Mereka mula berhimpun pada kira-kira pukul 4 petang dengan membawa sepanduk dan kain rentang sementara mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin pembangkang.

Bantahan itu dilakukan setiap minggu sejak Februari lalu apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perhimpunan pada Sabtu itu turut dijangka akan menganggu majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");