Membawang Hari Ini

Iklim kembali beraksi!

NAMA kumpulan Iklim telah terpahat dalam industri seni tanah air selama 25 tahun.

Album terakhir mereka rakamkan bersama sekitar tahun 2006 iaitu Bunga Emas sebelum berpecah dan anggota yang lain membawa haluan masing-masing.

Semenjak itu, nama Iklim semakin sepi di media-media hiburan namun, pada waktu itu Saleem selaku vokalis meneruskan kerjaya seni dengan bergerak secara solo.
Walaupun menyepi agak lama, lagu-lagu mereka masih berkumandang dan sering dimainkan di radio tempatan.

Kini fasa hitam yang pernah dilalui bersama telah berlalu. Iklim kembali bersatu setelah 11 tahun menyepi bersama anggota yang asal.

Mereka semua sepakat untuk kembali bagi melaksanakan dan meneruskan impian yang terhenti seketika sebelum ini.

Beberapa perancangan telah diatur oleh Iklim bagi menyemarakkan kembali nama mereka antaranya merakamkan satu single terbaru ciptaan anggota iklim sendiri, akan tampil dengan beberapa siri konsert serta impian beraksi di Istana Budaya.

Pada 7 Mac ini, Iklim bakal menggegarkan pentas di Marina Bay Muar, Johor selepas 11 tahun tidak beraksi. Konsert yang dianjurkan oleh Empire Iklim dan ML Capital Sdn. Bhd akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini, boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor.
Info tentang konsert ini boleh melayari laman Facebook ‘EMPAYAR IKLIM OFFICIAL’.

Konsert tersebut turut, dijayakan oleh Best FM sebagai rakan radio rasmi. Kembalinya Iklim pasti akan mengimbas kembali zaman kegemilangan muzik rock era 90-an.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");