Membawang Hari Ini

Inspirasi jelmaan Marilyn Monroe

Keluaran edisi pertama majalah online ZIP (Zon Interaktif Pesona) sudah bersedia menemui pembaca dengan menampilkan aktres Nora Danish sebagai ‘cover girl’ seperti dibicarakan menerusi ruangan wawancara bersama Nora yang mengambil inspirasi daripada ‘look’ mendiang Marilyn Monroe.

Jurusolek popular Bosco Ryzal memberikan sentuhan magisnya untuk menzahirkan ‘classic look’ di wajah Nora yang diperhebatkan lagi dengan koleksi mewah ‘Fizi Woo Spring Summer 2015’ rekaan pereka muda berbakat besar, Fizi Woo.

Mengetengahkan konsep ‘cover girl’ menggandingkan video footage sepanjang 20 saat yang kemudian berubah menjadi ‘steel photo’, sememangnya asing buat team ZIP yang baru berjinak-jinak dalam penerbitan secara online.

Justeru, jalinan kerjasama di antara pihak Digital ZIP dengan pelbagai pihak amat dihargai dalam merealisasikan apa yang diinginkan Editor Online Magazine ZIP, Roslen Fadzil, yang membayangkan kehidupan Nora Danish semanis dan se’juicy’ ceri.

Memetik kenyataan Nora menerusi temu bual bersama penulis untuk ZIP, dia amat teruja dijelmakan sebagai Marilyn Monroe, buat kali pertama.

“Ini adalah kali pertama dan sememangnya saya rasa amat teruja kerana ‘look’ Marilyn Monroe memang menjadi idaman ramai wanita mahupun lelaki yang melihatnya sebagai wanita yang sangat ‘adorable’. ‘I was so excited’ dan pastinya Bosco, jurusolek pilihan saya untuk penggambaran kali ini kerana dia sememangnya terkenal dengan sentuhan solekan klasik dan dramatik.

“Bercakap mengenai Marilyn, jika ramai yang memperkatakan ulas bibirnya adalah bahagian paling seksi, saya pula berpendapat giginya yang rapi memainkan peranan penting gambaran indah untuk bibirnya dan tidak dinafikan dia memiliki bibir yang seksi.

“Keseluruhan bentuk wajahnya juga hampir sempurna. Jika ditanya pula bahagian mana wajah saya yang kelihatan seksi, sukar untuk saya menyatakannya. Lagipun saya sudah berusia 33 tahun. Biarlah peminat yang menilai,” katanya.

Pelbagai lagi soalan menarik diajukan kepadanya. Bagaimanapun untuk membaca temu bual sepenuhnya dengan Nora, mulai semalam anda sudah boleh muat turun aplikasi ZIP ke dalam telefon pintar dan tablets.

Pada kesempatan ini juga penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jurukamera merangkap jurufoto, Nizarhafiz Mustafa dan pembantu jurufoto, Helmi Hanafi daripada pasukan Slip Studio.

Tidak dilupakan Addin Ahmad yang bertindak sebagai pengarah termasuk penyediaan props. Idea mengecat bekas alat solek dan merubahnya menjadi warna emas berkilau memang ‘menjadi’ and ‘look stunning’!

Muat Turun ZIP secara percuma di App Store dan Google Play

Selain iPad dan tablet Android, ?#?emagZIP? juga boleh dibaca menggunakan telefon pintar.

Cari ‘Zon Interaktif Pesona’ di App Store dan Google Play atau muat turun ZIP untuk tablet atau telefon pintar di

> iOS: http://goo.gl/uuGEaw

> Android: http://goo.gl/Vsz1jV

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");