Jenayah

Jawab soalan 10 minit, menang RM1,000

KANGAR – Seorang petani mengambil masa kira-kira 10 minit setiap hari untuk mencari jawapan bagi melengkapkan Peraduan Rakyat 1Malaysia (PRIM) dan usaha itu tidak sia-sia apabila menjadi antara pembaca bertuah memenangi tunai RM1,000.

Wan Mud Wan Chik, 51, dari Jalan Santan, di sini, turut menganggap hadiah susulan kelahiran anak keempatnya tiga minggu lalu ibarat tuah berganda kepada mereka sekeluarga.

Katanya, dia tidak menghadapi masalah untuk mencari jawapan peraduan tersebut kerana semua jawapan ada dalam akhbar Sinar Harian.

Begitu pun, dia kurang yakin untuk menang apatah lagi setiap kali di pejabat pos, dia melihat begitu ramai ‘pesaingnya’ di sana.

“Semasa di pejabat pos, saya terjumpa dengan orang lain yang turut menghantar peraduan ini. Apabila melihat keratan peraduannya lebih banyak, saya jadi tidak yakin.

“Namun inilah yang dikatakan rezeki, akhirnya saya yang mendapat berita gembira apabila dihubungi pihak Sinar Harian Jumaat minggu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Wan Mud, kemenangan itu juga adalah hadiah terbesar yang pernah diterima sejak sering menyertai semua jenis peraduan di akhbar bermula tahun lalu.

“Walaupun tidak pernah menang sebelum ini, saya tidak pernah putus asa, kali ini nasib menyebelahi saya,” katanya.

Bagi Wan Mud, kehidupan sebagai petani tidak membataskan dia untuk mengambil tahu isu-isu semasa yang disiarkan di dada akhbar.

“Saya memang banyak menghabiskan masa di kebun, tetapi anak sulung saya yang berusia lapan tahun tidak pernah lupa ingatkan saya untuk baca Sinar Harian setiap hari. Dia juga akan bantu saya beli akhbar ini kalau saya terlupa.

“Inilah dikatakan rezeki anak-anak, duit RM1,000 ini saya akan gunakan untuk persekolahan anak dua anak saya selain menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");