Jenayah

Jual tubuh pada umur 16 tahun

MELAKA – Seorang gadis bawah umur warganegara Vietnam bersama 29 wanita warga asing lain yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di dua premis hiburan di di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini semalam.

Gadis berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis karaoke yang menyediakan perkhidmatan GRO selain disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hasil maklumat dan risikan selama seminggu.

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, kesemua wanita warga asing itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi semalam.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");