Sukan Hari Ini

Kedudukan Hamilton bakal tergugat

HAMILTON tergugat? Biarpun berjaya menempah kedudukan utama pada saingan kelayakan di Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia semalam, taruhan utama Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton belum masih mampu tidur lena.

Hanya berbeza 0.074 saat di hadapan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, petak utama yang diraih Hamilton dengan catatan 1:49.834 saat di Litar Antarabangsa Sepang semalam, belum cukup memastikan dia menaiki podium selaku juara hari ini.

Mengakui bakal bergantung kepada strategi penggunaan tayar, pemandu kelahiran Britain itu menganggap saingan kelayakan semalam sangat mencabar terutama di litar basah.

“Kami menggunakan strategi tiga hentian pit dan di sini, penggunaan tayar sangat mencabar terutama keadaan cuaca yang menjadi sangat panas dan tiba-tiba hujan seperti yang berlaku tadi (semalam). Jadi, secara keseluruhan, ia akan menjadi lebih mencabar,” katanya.

Menyentuh mengenai saingan kelayakan semalam, juara dunia itu menjelaskan pusingan pertamanya berlangsung dengan begitu baik ke­rana dia, malah pemandu lain telah biasa dengan litar ini dalam keadaan kering.

“Cuma saya tidak mahu terlalu mengambil risiko. Pusingan yang saya lakukan hari ini (semalam) agak sederhana dan ia memuaskan hati saya. Saya ada memberi ­tekanan tetapi dalam kadar yang tidak begitu tinggi.

“Hari ini, apa yang dilakukan oleh pasukan saya sangat menakjubkan terutama apabila berhadapan de­ngan hujan yang sangat lebat pada Q2,” jelas pemandu berusia 30 tahun itu.

-kosmo.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");