Laporan Eksklusif, Sukan Hari Ini

‘Kejuaraan Pertama Kerana Tuah Anak’: Youcef Reguigui

BUKIT FRASER: “Ini adalah kejuaraan pertama pada tahun 2015 dan ia mungkin juga kerana tuah anak saya yang dilahirkan sebulan lalu,” demikian tegas pelumba pasukan MTN-Qhuheka, Youcef Reguigui selepas menjuarai peringkat ketujuh Le Tour De Langkawi dari Shah Alam-Bukit Fraser, hari ini.

Menyifatkan ia kemenangan yang membanggakan, beliau mengakui peringkat tersebut merupakan laluan yang paling sukar.

“Laluan kali ini adalah paling sukar tetapi saya berjaya menamatkan saingan sekaligus menjadi pemenang untuk jersi kuning.

“Lima Kilometer (KM) yang terakhir baru saya sedar yang saya adalah pelumba yang berada di hadapan.

“Saya akan cuba kekalkan jersi ini untuk peringkat terakhir esok,” katanya lagi.

Bagi pelumba Orica Greenedge yang juga penyarung jersi biru, Caleb Ewan, pendakian pada kali ini paling mencabar staminanya.

“Pada pendakian pertama, saya berasa tercabar dengan laluan yang ditetapkan tetapi saya terus mencuba sebaik mungkin.

“Saya agak terkejut dengan keputusan hari ini tetapi tuah lebih menyebelahi Youcef untuk menjuarai peringkat ini,” ujar Caleb.

Manakala bagi penyarung jersi putih, Tomohiro Hayakawa dari pasukan AIS, beliau sama sekali tidak menjangka akan berjaya menyarung jersi tersebut.

“Saya tidak terfikir akan berjaya merampas gelaran pelumba Asia sebaliknya hanya fokus untuk berada di hadapan,” ujar beliau lagi.

Tomohiro juga berterima kasih dengan bantuan rakan sepasukan dan kemenangan itu katanya, akan menjadi pembakar semangat untuknya mengekalkan jersi tersebut pada saingan terakhir, esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");