Sukan Hari Ini

Kelantan waspada ancaman Perak

KELANTAN tetap waspada dengan perangkap yang bakal digunakan oleh pengendali Pe­rak, Datuk M. Karathu pada pertemuan Liga Super di Stadium Ipoh, Perak malam esok.

Justeru, kapten skuad yang mendapat jolokan The Red War­riors itu, Mohd. Badhri Radzi mahu rakan-rakan sepasukannya fokus pada perlawanan tersebut yang di­jangka berlangsung sengit.

Menurutnya, pe­ngendali berusia 73 tahun itu sangat mengenali corak permainan beberapa pemain Kelantan memandangkan beliau pernah bersama The Red Warriors pada 2011 lalu.

“Karathu seorang jurulatih yang bukan sahaja mempunyai taktikal licik, malah memiliki himpunan pemain hebat dan berkemahiran tinggi.

“Mereka mempunyai adunan pemain yang mantap serta berpengalaman selain memiliki tenaga muda yang terkenal de­ngan corak permainan pantas,” kata Badhri kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, walaupun menye­dari kekuatan yang ada pada pa­sukan lawan mereka itu, Kelantan tidak akan memberikan laluan mudah dan tetap memberi tentangan sengit.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya memberitahu, dia berharap rakan-rakan sepasukan dapat meneruskan momentum kemenangan seperti mana yang diperagakan ketika menumpaskan Sarawak pada saingan Piala FA 2015 di Kuching minggu lalu.

Katanya, walaupun Perak masih kebal dengan rekod tanpa kalah, namun Ke­lantan tetap mahu mencuri mata daripada perlawanan itu nanti.

“Kami akan turun dengan misi memburu tiga mata. Berdasarkan prestasi semasa, saya yakin Kelantan mampu melakar kejutan pada perlawanan itu nanti.

“Apa yang penting, kami harus fokus dan bermain dengan semangat juang tinggi bagi memastikan Kelantan menang,” tegas­nya.

Dalam perkembangan lain, Piya menamakan tonggak import Perak dari Korea Selatan, Nam Kum-woong dan kapten pasukan, Mohd. Nasir Basharuddin perlu diberikan tumpuan pada pertemuan itu nanti.

Tegasnya, kedua-dua pemain itu cukup berbahaya seandainya diberikan ruang kerana mereka mempunyai kemahiran individu yang tinggi.

-kosmo.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");