Sukan Hari Ini

Kelayakan AFC: Malaysia kalah kepada Vietnam

Shah Alam: Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila tumpas 1-2 di tangan Vietnam B-22 pada aksi pembukaan Kumpulan I Kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan itu menyukarkan peluang anak buah Razip Ismail untuk meraih tiket layak ke pusingan akhir AFC B-23 di Qatar tahun depan apabila perlu mengatasi Macau dan pasukan pilihan Jepun pada perlawanan terakhir kumpulan.

Malaysia membuka tirai jaringan hasil sepakan percuma dari jarak 30 meter oleh kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-33.

Namun, Vietnam menyamakan kedudukan hasil rembatan deras Vo Huy Toan pada minit ke-38.

Sejurus sebelum tamat babak pertama, serangan pantas penyerang Nguyen Cong Phuong pada minit ke-44 meletakkan Vietnam di hadapan.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan itu.

Malaysia akan bertemu Macau, Ahad ini dan Jepun pada 31 Mac nanti di Stadium Shah Alam.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");