Perak Hari Ini

Kempen Gotong-Royong MBI Diteruskan

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan kesinambungan kempen gotong-royong yang dijalankan pada tahun lepas dengan melibatkan empat fasa pembersihan di seluruh bandaraya, tahun ini.

Menurut Setiausahanya, Mohd Zakuan Zakaria, pada tahun lalu, dua fasa program tersebut melibatkan gotong–royong di 51 lokasi terpilih.

“Fasa pertama iaitu 21 lokasi manakala fasa 2 pula membabitkan 30 lokasi dengan kos masing-masing mencecah RM65,000 dan RM 57,500,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas turun padang bersama penduduk KRT Taman Cherry sempena program gotong-royong MBI (Zon 8) di sini, hari ini.

PERAKTODAY2

Jelasnya lagi, program tersebut akan diteruskan sehingga 23 Jun ini yang melibatkan empat fasa dengan penglibatan ahli majlis MBI untuk mengetuai gotong-royong.

Tumpuan gotong-rpyong masih lagi melibatkan kerja-kerja pembersihan longgokan sampah haram, longkang dan semak samun,” jelasnya.

Tambahnya lagi, program gotong-royong ini akan diteruskan pula kepada 17 lokasi terpilih seluruh bandaraya Ipoh.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembersihan longgokan sampah haram, kawasan taman permaian dan tindakan pembersihan di kawasan lot kediaman dan rumah tinggal.

“Istimewanya pada kali ini, pihak MBI meneruskan program ‘polystrene beads’ dalam tangki septik kediaman terpilih,” katanya.

Bagi pemilik kediaman yang berminat meletakkan ‘polystrene beads’ di tangki septik kediaman masing-masing, mereka boleh terus menghubungi pihak MBI, katanya.

PERAKTODAY

Jelasnya lagi, kediaman terpilih bagi program berkenaan adalah berdasarkan persetujuan pemilik untuk memasukkan polystrene berkenaan.

Penggunaan polystyrene beads merupakan salah satu langkah pengawalan dan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes dalam tangki septik kediaman, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");