Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sentiasa Prihatin Dengan Pembangunan Mahasiswa Perak

IPOH: Kerajaan Perak sentiasa mengambil berat dalam pembangunan mahasiswa dan mahasiswi kelahiran negeri itu yang berada di seluruh negara, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Perhimpunan Mahasiswi Perak (PERSIS) 2015 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan, dekat sini, malam tadi.

 

Turut hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

 

“Saya berterima kasih kepada Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) dan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) kerana menganjurkan program seperti ini.

 

“Program ini dapat membantu kerajaan berinteraksi dengan mahasiswa Perak dalam usaha membangunkan negeri ini,” kata Zambry lagi.

 

Beliau turut berkata, kerajaan negeri juga tidak mendiskriminasikan golongan wanita dalam urusan pentadbiran negeri.

 

“Perak antara negeri terawal yang memperkenalkan Dasar Pengupayaan Wanita sebanyak 30 peratus dan kita melantik dua Exco wanita dalam urusan pentadbiran negeri,” katanya lagi.

Tambah beliau, masa hadapan negeri itu bergantung kepada golongan muda yang mewakili 37 peratus daripada keseluruhan rakyat Perak.

“Kehendak, pemikiran, dan pandangan orang muda pada masa sekarang mampu membawa perubahan yang positif dalam pembangunan negeri dan juga negara,” jelas Zambry sebelum mengakhiri ucapannya.

PERSIS 2015 dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili 24 buah universiti dari seluruh Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");