Perak Hari Ini

Kerajaan Terus Komited Bangunkan Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan :Nolee

IPOH: Kerajaan Perak terus komited untuk menerapkan unsur kebudayaan dan kesenian dalam industri pelancongan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, usaha tersebut dapat dilihat dengan pelbagai produk baru berunsurkan kebudayaan yang bakal diperkenalkan kelak.

Katanya, banyak produk yang dibangunkan yang telah mempunyai kesenian yang tersendiri.

“Seperti yang kita ketahui, kita mempunyai pelbagai nilai sejarah yang membentuk kebudayaan yang ada pada bandar raya Ipoh dan Perak hari ini.

“Daripada segi seni kreatifnya, kalau kita lihat kepada rekabentuk tradisionalnya, kita ada labu sayong dan mempunyai ramai artis yang lahirnya di Perak.

“Seni kreatif ini boleh digabungkan dengan pelancongan dan untuk menjana kedua-duanya, kita perlu satu penyelarasan untuk memastikan pelancongan kesenian dan kebudayaan terus berkembang di Perak,” katanya.

PERAKTODAY2 (12)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi ahli panel bagi dialog Borak Arts Youth Series (BAYS) yang diadakan di The Sarang Paloh Event Hall Ipoh di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara produk terbaru yang bakal dibangunkan di Ipoh adalah pembukaan cawangan pertama Balai Seni Visual Negara.

“Balai Seni Visual Negara akan membuka cawangan pertamanya di Ipoh yang akan menghimpunkan segala produk kesenian dan kebudayaan.

“Pihak berkenaan telah membelanjakan kos kira-kira RM5 hingga RM7 juta untuk memulakan projek tersebut,” katanya.

Tambahnya, Balai Seni Visual berkenaan dijangka akan dibuka pada bulan September atau selewat-lewatnya hujung tahun ini.

PERAKTODAY1 (16)

Dalam pada itu, beliau berkata, program BAYS yang dianjurkan oleh My Performing Arts Agency (MyPAA) dengan kerjasama Bursa Malaysia hari ini adalah sangat baik.

“Satu program yang amat menarik iaitu BAYS yang diadakan buat kali kedua dan mereka memilih Ipoh sebagai tempat untuk mengadakan program ini.

“Mereka memilih Ipoh kerana melihat bandar ini sebagai potensi untuk menjadi satu pusat kebudayaan kesenian dan ia semakin menyerlah.

“Kita mempunyai bukan sahaja daripada segi bakat yang cukup ramai yang datangnya dari negeri Perak tetapi juga mempunyai persatuan dan ikon boleh membantu membangunkan industri seni kreatif di Perak.

“Kita harapkan mereka akan membantu kita untuk mengadakan sesi dialog dengan pemain-pemain industri yang dapat membantu membuat penjenamaan semula dalam usaha bagi mempromosikan kesenian dan kebudayaan di Ipoh,” jelas beliau lagi.

BAYS adalah satu platform untuk memberi inspirasi kepada ‘youth artpreneurs’ untuk berkumpul, berbincang dan berkongsi idea di samping membina kapasiti pengetahuan antara belia yang mempunyai minat dan keghairahan yang sama dalam bidang seni.

BAYS pertama kali dilancarkan di Cyberjaya pada tahun lepas sempena dengan lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");