Perak Hari Ini

Kes Dera Kanak-Kanak: Tempoh Reman Suspek Disambung Tiga Hari Lagi

IPOH: Tempoh tahanan reman suspek yang dipercayai terlibat dengan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Menglembu baru-baru ini dilanjutkan sehingga Isnin depan.

Perintah sambung reman selama tiga hari itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Nee.

Sebelum itu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan dibawa terus ke lokap.

Suspek berkenaan merupakan seorang buruh sebelum ini telah direman tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan polis.

Suspek yang merupakan bapa saudara mangsa disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda  yang berbahaya.

Gambar kanak-kanak lelaki tersebut telah tersebar menjadi viral di laman sosial baru-baru ini yang dipercayai didera oleh suspek berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");