Perak Hari Ini

Kes Tetak Tiga Beranak: Seorang Suspek Serah Diri

IPOH: Salah seorang daripada lima orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tetak tiga beranak di Taman Rapat Maju, di sini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah, semalam.

Justeru, Mahkamah Ipoh telah memerintahkan suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Ng Geok Nee.

Ketua Polis Daerah, ACP Sum Chang Keong berkata, pihak polis masih belum mendapat sebarang maklumat berkaitan kes tersebut.

” Pihak polis masih menunggu sebarang maklumat daripada orang ramai terutama jiran mangsa supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Polis juga masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut,” tambah beliau lagi.

Dalam kejadian 4 pagi semalam, tiga sekeluarga parah selepas ditetak oleh lima orang penjenayah di Taman Maju Rapat, dekat Ipoh.

Mangsa, seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah di belakang, manakala anak perempuan beliau yang berumur 20 tahun parah di kaki dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun cedera di tangan kiri.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");