Isu Panas

#KitaLawan: Hishamuddin Rais, Tian Chua Pula Ditahan

PETALING JAYA: Aktivis Hishamuddin Rais dilaporkan telah ditahan pada Jumaat, sehari sebelum Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada Sabtu.

Difahamkan Hishamuddin ditahan di Dataran Merdeka di mana ‘mogok duduk’ dijadualkan berlangsung pada malam Jumaat.

Tweet terakhir Hishamuddin berbunyi: #KitaLawan – pakai semua Hitam-esok, 4 petang kita bertemu di Sogo #KitaLawan semua bentuk penindasan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Kedilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil berkata Hishamuddin telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Fahmi berkata Naib Presiden PKR, Tian Chua juga telah diarahkan hadir di balai polis yang sama bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang akan berlangsung esok.

Beliau berkata kedua-dua mereka dijangka ditahan selama satu malam.

Terdahulu, polis telah menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang mengajak rakyat keluar beramai-ramai dan menyertai himpunan terebut.
Himpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");