Jenayah

Mangsa Gagah Diri Selamat Daripada Api

Butterworth: “Walaupun badan lemah kerana kurang sihat, saya gagahkan diri untuk menyelamatkan diri sebaik diberitahu rumah disambar api,” kata Norei Salleh, 54, mangsa kebakaran di Kampung Perlis, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Norei yang bekerja sebagai pemandu bas RapidPenang sedang tidur di tingkat atas rumahnya manakala 10 ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Bagaimanapun, seorang daripadanya anaknya, Nordiana, 30, yang mahu ke bilik air menyedari bahagian dapur rumah disambar api lalu memaklumkan kepada ahli keluarga lain.
Norei berkata, berikutan itu, dia segera bangun walaupun dalam keadaan lemah sebelum api merebak ke tingkat atas dan membakar tempatnya tidur.
“Saya selalu tidur di tingkat atas yang hanya mempunyai satu bilik manakala semua anak dan menantu berada di tingkat bawah.
“Sebaik dikejutkan dengan jeritan api yang bermula dari rumah sebelah dan kami segera menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan barang berharga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kebakaran dikatakan bermula di rumah yang disewa warga Myanmar sebelum merebak ke rumah Norei menyebabkan kedua-dua kediaman berkenaan hangus manakala sebuah rumah lagi hanya sebahagiannya disambar api.
Kebakaran itu menyebabkan keluarga Norei mengalami kerugian lebih RM50,000.
Seorang warga Myanmar yang menyewa rumah berkenaan berkata, dia baru keluar selama 15 minit sebelum bergegas pulang sebaik dimaklumkan berlaku kebakaran.
“Ketika kejadian ada empat rakan saya dalam rumah dan setahu saya mereka tidak memasak. Saya sendiri tidak tahu punca kejadian,” katanya.

-hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");