Jenayah

Mayat berkopiah dijumpai di Teluk Bahang

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan Lai Fah Hin berkata, mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 10.47 pagi.

“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");