Membawang Hari Ini

Ning rai 10 pemenang bertuah

PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura meluangkan masanya untuk meraikan 10 pemenang bertuah dengan makan tengah hari bersama-sama di Pizza Hut, Quill City Mall, baru-baru ini.

Difahamkan, 10 pemenang bertuah ini dipilih selepas menyertai pertandingan yang dianjurkan Pizza Hut di laman sosial Facebook.

Majlis tersebut ternyata memberi peluang kepada pemenang untuk makan bersama-sama pelantun lagu Awan Terpilu itu dengan pelbagai sajian dari Pizza Hut termasuklah hidangan terbaharu, Pastry Crown Pizza.

Bukan itu saja, peminat-peminat turut terpesona dengan kehadiran ibu beranak satu ini yang sememangnya ramah dan mesra, sambil menikmati hidangan lazat selain dihiburkan dengan beberapa permainan di mana mereka diminta untuk menyanyikan lagu-lagu Ning yang paling digemari mereka.

“Saya amat terhibur melihat gelagat peminat-peminat saya sambil makan di Pizza Hut.

“Saya juga amat terharu apabila mendengar peminat menyanyikan lagu-lagu saya. Setiap artis semestinya akan merasa puas dan gembira apabila peminat-peminat menghargai hasil karya mereka,” kata Ning.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");