Berita Hari Ini

Orang ramai dinasihat beli kereta baharu sebelum 1 April

PETALING JAYA – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa orang ramai untuk membeli kereta sebelum 1 April 2015 memandangkan kebanyakan syarikat kereta merancang untuk mengurangkan inventori mereka dengan tawaran yang menarik.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, syarikat-syarikat ini mahu mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengambil tempat.

“Walaupun beberapa syarikat kereta akan mengurangkan harga pada 1 April, tawaran sekarang adalah lebih baik. Selepas 1 April, mereka boleh menuntut kembali hanya 20 peratus daripada SST yang sudah dibayar,” kata Aishah kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-16 MAA di sini semalam.

Katanya, 20 peratus itu tertakluk kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan, yang bermakna bahawa jika terdapat stok yang tidak dijual selepas 1 April, sama ada mereka memindahkan 80 peratus daripada baki SST kepada pelanggan atau menyerapnya.

Selain daripada GST, isu yang lebih mendesak sekarang ini ialah kadar pertukaran mata wang asing, kerana kebanyakan syarikat telah membayar cukai kenderaan yang dipasang di luar (CBU) dan kendeaan yang dipasang di Malaysia (CKD) serta lain-lain bahagian dalam dolar Amerika Syarikat, yang telah menambah nilai berbanding ringgit.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");