Jenayah

Pasangan sejenis antara dicekup

SERI MANJUNG – Disebabkan terlalu asyik berasmara, sepasang kekasih sejenis warga asing tidak sedar rumah sewa mereka diserbu diserbu pihak berkuasa dalam Ops Sapu di sekitar Kampung Sri Acheh, di sini awal pagi semalam.

Malah, dua lelaki warga Pakistan dan Bangladesh itu juga tidak menghiraukan arahan anggota operasi hingga pintu bilik mereka terpaksa dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, pasangan itu adalah antara 133 pendatang tanpa izin (Pati) dari pelbagai negara yang ditahan dalam operasi bermula pada jam 1 pagi tersebut.

Menurutnya, seramai 206 warga asing diperiksa dalam operasi tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seramai 133 warga asing berusia antara 25 hingga 50 tahun termasuk seorang wanita, tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, tamat tempoh dan didapati menetap lebih masa di negara ini.

“Jumlah itu melibatkan 47 warga Myanmar, 40 warga Bangladesh, 22 warga India, 21 warga Nepal, dua warga Pakistan dan seorang wanita Vietnam,” katanya.

Beliau berkata, warga asing berkenaan dipercayai bekerja di kawasan Perindustrian Kampung Acheh dan lokasi sekitarnya.

Mohd Zailan berkata, mereka juga menjadikan Kampung Sri Acheh sebagai tempat tinggal sehingga menimbulkan kerisauan penduduk setempat.

“Kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen dan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Langkap untuk siasatan lanjut.

“Kesemua warga asing terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 berdasarkan kesalahan dilakukan,” katanya.

Operasi bersepadu selama empat jam itu melibatkan seramai 65 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Manjung dengan kerjasama Jabatan Imigresen Lumut serta Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");