Berita Hari Ini

Pemaju hartanah digesa waspada kos

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah digesa berwaspada dengan langkah-langkah kos mereka bagi memastikan hartanah masih kekal menarik selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
Dalam membuat gesaan itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebagai pemaju yang bertanggungjawab, mereka seharusnya berusaha menangani masalah kepesatan pembangunan yang berlebihan agar harga rumah berada dalam jangkauan rakyat.
“Saya harap tanggungjawab sosial pemaju untuk terus membantu Kerajaan dalam mencapai kemajuan dengan menawarkan produk berkualiti dan mampu milik kepada rakyat akan diteruskan,” katanya pada majlis Anugerah Pemaju Berprestij Property Insight Malaysia 2015, di sini, semalam.
Beliau berkata, majlis anugerah sulung hari ini adalah untuk mengiktiraf pembangunan berkualiti projek mercu tanda dan terbaik Malaysia yang membentuk pembangunan negara ke arah menjadi negara maju menjelang 2020.
Anugerah 10 pemaju terbaik diraih oleh MKH Bhd, Gamuda Land Sdn Bhd, Glomac Bhd, IJM Land Bhd, Mah Sing Group Bhd, Sime Darby Property Bhd, Sunway Bhd, Tropicana Corporation Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UOA Development Bhd.
Malaysia Building Society Bhd membolot anugerah Pembiaya Paling Inovatif manakala Datuk Jamaludin Osman daripada I&P Group menerima anugerah Personaliti Terbaik.
Anugerah ini dinilai berdasarkan kepada angka pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), permodalan pasaran dan Nilai Pembangunan Kasar pemaju, bersama dengan nilai jenama dan kesedaran jenama seperti yang dipilih oleh Persatuan Pelabur Hartanah Malaysia (MPIA), pasukan pengarang  Property Insight dan pembaca Property Insight. – Bernama
-Sinar Harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");