Jenayah

Pembantu makmal ditemui pengsan

KLUANG – Seorang pembantu makmal sebuah kilang sarung tangan di sini, ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terlibat kemalangan di persimpangan Jalan Kahang Timur-Kahang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nurul Farahin Mohd Noorul Alam, 23, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

Ibunya, Nur Hamizah Samad, 48, berkata, sehingga kini, mereka sekeluarga masih belum mengetahui punca sebenar insiden tersebut sama ada anak kedua daripada empat beradik itu terjatuh sendiri atau sebaliknya.

Menurutnya, motosikal ditunggang anaknya jatuh di tepi dan muka Nurul Farahin tersembam pada jalan menyebabkan wajah dan mulutnya cedera teruk.

“Anak saya tidak boleh buka mata kerana ada tisu di dalamnya terkoyak sedikit, selain sukar makan dan membuka mulut kerana sakit. Manakala, bahagian badan pula hanya luka ringan,” katanya kepada Sinar Harian di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang, kelmarin.

Nur Hamizah berharap anaknya segera sembuh dan dia dapat merasai anaknya itu trauma dengan kejadian berkenaan.

Kemalangan yang menimpa wanita itu mendapat perhatian Adun Kahang, R Vidyananthan.

Beliau yang menziarahi Nurul Farahin di hospital, turut menghulurkan sumbangan kepadanya.

Pihaknya mendoakan wanita itu sembuh seperti sedia kala dan keluarga tabah menghadapi dugaan menimpa.

“Saya akan membantu sedaya upaya jika keluarga Nurul Farahin memerlukan bantuan agar dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");