Jenayah

Pembunuh paling kejam!

Petaling Jaya: “Pembunuh ini memang tak ada perikemanusiaan.” Itu kata abang ipar kepada Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, yang dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali guni, kelmarin.

Mangsa yang masih berpantang kerana baru 43 hari melahirkan anak turut diikat di mulut dengan kain lampin dan lebih menyedihkan mayatnya ditemui bersebelahan bayi perempuannya yang tidak diapa-apakan.

Mayat ibu muda itu ditemui suaminya sejurus pulang dari kerja di rumah mereka di tingkat 8, Pangsapuri Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 8 malam.

Abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya Muhamad Amirullah Kassim, 27, terlalu sedih dengan kematian isterinya dan belum bersedia ditemui media.

“Dia masih terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan nasib bayi perempuannya itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");