Berita Hari Ini

Penerima BR1M boleh tuntut secara tunai di cawangan BSN

KUALA LUMPUR – Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, terdapat beberapa kesilapan ketika mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami kesulitan.

“Kerajaan telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka perihal masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini hari ini. – Bernama

-Kosmo!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");